
Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):
“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh 
syaitan sebagaimana ia sudah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari Syurga”. (Al A’raaf, 7:27).
Mengapa Allah S.W.T menciptakan syaitan?
Apakah syaitan ada dan diciptakan untuk menyerang manusia?
Apakah syaitan ada dan diciptakan untuk menyerang manusia?
Syaikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi menjawab;
“Jika tidak ada sesuatu yang mendorongmu untuk bermaksiat, maka 
ketaatan menjadi sesuatu yang biasa, ketaatan menjadi sesuatu yang luar 
biasa dan besar kerana ada yang mengusik dan menggoda untuk melakukan 
maksiat, lalu godaan itu ditolak dengan berkata tegas, “TIDAK!”
Jadi, adanya syaitan adalah untuk meningkatkan suhu dalam menjalankan
 perintah dan mengimbangi keadaan penghambaan diri kepada Allah S.W.T. 
dengan sesuatu yang berasal dari ciptaan Allah S.W.T.
Jika tidak ada syaitan, maka ketaatan akan menjadi sebuah budaya yang
 membosankan. Kita, umat islam, mungkin tidak pernah berfikir untuk 
makan daging babi. Namun pencegahan diri kita untuk tidak memakan daging
 babi ini sering timbul kerana tradisi dan rutin, bukan kerana kesedaran
 akan rasa takut dan penghambaan kepada Allah S.W.T.
Pencegahan diri kerana kesedaran inilah yang diinginkan Allah S.W.T., bukan kerana pengaruh tradisi dan rutin.
Dengan kata lain, penghambaan yang sesungguhnya menescayakan adanya 
provokasi yang kuat untuk menempuh jalan kesesatan lalu kita berhasil 
menolak dan mencegah diri untuk tidak terpesona, mengenal pasti sikap 
permusuhan syaitan terhadap anak manusia.
Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):
“Hai Adam, Sesesungguhnya ini adalah musuh bagimu dan bagi 
isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua 
dari Syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka.”(Thaahaa, 20 : 117).
Jadi, inilah pangkal taklif yang dibebankan kepada kita hingga hari 
kiamat, iaitu: perintah, larangan, dan peringatan diri akan permusuhan 
syaitan kepada manusia.
http://misteriousgrapersz.blogspot.com/2012/07/hikmah-penciptaan-syaitan.html
Tidak ada komentar:
Write komentar