Kucing dan tikus merupakan dua ekor binatang yang saling berkaitan.
Dalam erti kata lain, tikus lawannya kucing. Sejarah kejadian kucing
dan tikus ini merupakan kekuasaan Allah Azzawajalla yang perlu diambil
iktibar.
Kita selalu memuji kucing dengan rupa bentuk yang comel serta
kecantikan yang dijadikan Allah Azzawajalla terhadap kucing tanpa kita
sedar bahawa setiap kejadian Tuhan itu ada hikmah dan pengajaran yang
amat besar.
KEJADIAN KUCING DAN TIKUS
Riwayat mengatakan bahawa ketika Allah Azzawajalla hendak
menurunkan azab kepada kaum Nabi Nuh a.s. yang ingkar, maka Allah
Azzawajalla memerintahkan agar Nabi Nuh a.s membina kapal besar bagi
mengangkut pengikut-pengikutnya serta menyelamatkan haiwan-haiwan
sebelum azab diturunkan. Maka Allah Azzawajalla memerintahkan agar
dibawa setiap haiwan itu berpasang-pasangan. Iblis laknatullah turut
menyertai Nabi Nuh a.s bagi menyelamatkan dirinya.
Maka setelah azab diturunkan, banjir besar berlaku, maka
berlayarlah kapal Nabi Nuh a.s mengelilingi dunia. Maka sepanjang
pelayaran itu, terjadilah beberapa permasalahan dan keajaiban.
MASALAH 1:
Nabi Nuh a.s gusar kerana najis haiwan dan manusia memenuhi kapal
sehingga menyebabkan timbul rasa yang kurang senang kepada
pengikut-pengikutnya. Maka Nabi Nuh a.s berdoa dan memohon kepada Allah
Azzawajalla.
“Wahai Tuhanku, kapalku telah penuh dengan najis, maka berilah petunjuk agar dapat aku menyelesaikan masalah ini”
Maka Allah Azzawajalla berfirman:
“Wahai Nuh, belailah gajah itu, nescaya keluar darinya haiwan yang akan membersihkan najis-najis ini”
Maka setelah dibelai, keluarlah babi-babi dari gajah berpusu-pusu
dan segera membersihkan semua najis-najis sehingga bersih tanpa tersisa
sedikitpun.
Kejadian Tikus
Si Iblis pula cemburu dengan mukjizat Nabi Nuh a.s maka dia
pun turut mencuba membelai gajah. Dengan takdir Allah Azzawajallah
keluar darinya tikus yang banyak lalu merosakkan kapal Nabi Nuh a.s.
MASALAH 2
Tikus yang banyak itu pun merosakkan kapal sehingga dikhuatiri akan
tenggelam kapal Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh a.s berdoa dan meminta kepada
Allah Azzawajalla bagi menyelesaikan masalah ini:
“Wahai Allah, kapalku telah dirosakkan oleh tikus, aku
takut seandainya karam kapalku, maka berilah petunjuk kepada ku agar
dapat aku selesaikan masalah ini“
Kejadian Kucing
Maka Allah Azzawajalla berfirman:
“Wahai Nuh, belailah harimau itu, maka akan keluar darinya haiwan yang akan memusnahkan tikus-tikus itu“
Maka setelah dibelai oleh Nabi Nuh a.s maka keluarlah dari harimau itu kucing-kucing dan memakan tikus-tikustersebut sehingga licin dan tidak tersisa sedikitpun.
Wallahua’alam
Tidak ada komentar:
Write komentar