Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
“Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka
yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan
mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat”.
Firman Allah ‘aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur
di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat2
ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali
mereka adalah neraka”.
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah.
“mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang
yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,
mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh
liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.”
Rasulullah saw bersabda “sesungguhnya seorang hamba apabila dia
berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala
& kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud,
berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking.
“mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya
walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut.
“Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.
Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang
dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti
bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu
menganggu ketenteraman padang mahsyar.
“Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut
diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah
balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan .
Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah &
nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi
kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah “tiada
bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya
syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh .
Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak &
dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa
sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti
tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur
hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan “mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T”
Tidak ada komentar:
Write komentar