5 Kekuatan Wanita Yang Bisa Melemahkan Lelaki
1) Air matanya
Semua sedia maklum air mata wanita adalah senjatanya. sehingga ada satu
kisah pada zaman Umar, di mana Umar Khatab RA ketika mana beliau masih
kafir dan berteguh pada prinsipnyanya telah dicairkan dengan air mata
adiknya sehingga memasuki Islam seterusnya terpilih menjadi salah satu
khalifah yang kuat pada zaman itu. tangisan adalah muara perasaan. Tanpa
sedar air mata itu dengan sendirinya mengalir bila mana ketika sedih,
gembira, marah, dan terharu. Karena semua itu fitrah. Dan mana syaitan
bekerja pada saat ini, bila seorang wanita meminta sesuatu kepada lelaki
sehingga mengalirkan air mata. apa yang seharusnya kaum adam lakukan?
Saya tekankan di sini. Tetapkan hati dengan keputusan yang tepat.
2) Senyumannya
Senyuman adalah simbolik kecantikan. Dan senyuman wanita sangat mudah
dijadikan syaitan dalam melenturkan hati lelaki. Apatah lagi senyuman
dari si cantik manis. Dan karena itu Allah telah berfirman dalam surah
An-Nur (ayat 30-31): "Katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka
menjaga pandanggannya, dan katakanlah kepada wanita beriman, agar mereka
menjaga pandangannya." Solusinya adalah jagalah pandangan wahai akhi wa
ukhti.
3) Tutur katanya
Wanita ni memiliki suara yang
berbeda berbanding lelaki. nada suaranya lembut. SubhanAllah. karena
itu, syaitan menjadikan ia sebagai senjata. Tambah lagi suara yang
sengaja dimanja-manjakan. Bisa buat cair hati si kaum adam mendengarnya.
Oleh yang demikian, wahai wanita sedunia. Berbicaralah dengan nada yang
tegas. Karena manja seorang wanita itu selayaknya bagi mereka yang
halal saja.
4) Lirikan matanya
Sesetengah berpendapat,
kecantikan seseorang terletak pada matanya. Jika bulat bundar mata
wanita itu, maka cantiklah wanita itu. Namun cantik itu subjektif.
Secara logiknya, bila mana seseorang itu senyum/ketawa dengan
automatiknya mata juga tersenyum dan kelihatan seperti bersinar. Tak
percaya? Nanti anda perhatikan sendiri. Bersinarnya mata wanita itu
ketika gembira sangat meruntum jiwa kaum adam. Karena itu syaitan
menjadikan mata wanita itu senjata melemahkan lelaki dan lebih membuat
lelaki berasa 'aughmmm!' dengan kita bila mana wanita itu mendelikan
matanya. Lelaki merasakan sangat seksi.
5) Keyakinannya
Sebagian lelaki tidak memandang pada kecantikan wanita semata. Tapi,
dengan keyakinan dan kecerdasan wanita itu serta merta buat buat lelaki
itu cair. Wanita yang kelihatan yakin bila berbicara, sentiasa happy go
lucky, ciri-ciri ini sangat meluluhkan hati lelaki walaupun rupa parasya
dalam level 'lumayan'.
Bagaimana jalan penyelesainya?
Kedua-duanya, sama ada lelaki mau pun perempuan. Yang paling penting,
bersihkan diri dan sucikan hati. Banyakkan istighfar. Terutamanya bila
hati dan fikiran terlintas untuk buat perkara yang tidak baik. Selalu
ingat Allah. Sebab Allah tak pernah lupa kita. Semoga dengan itu kita
terhindar dari bisikan dan godaan syaitan laknatullah.
Tidak ada komentar:
Write komentar