ZINA merupakan
kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina
itu sendiri, khususnya dan ke pada seluruh umat umumnya.
Di zaman sekarang
di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah
perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya
dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina.
Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.
Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
* Dalam zina
terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si
penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk
keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
* Zina membunuh
rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat
diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
* Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
* Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
* Menjadikan
pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak
pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
* Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
* Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
* Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
* Zina mengeluarkan
bau busuk yang mampu dihendus oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun
salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
* Kesempitan hati
dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan
ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.
Ini adalah kerana,
orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah
maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan,
dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan
kebaikan dan kebahagiaan.
* Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.
* Perzinaan
menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang
tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan
keturunan.
Bahkan boleh
membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang
lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum
atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan
kemaksiatan yang lain pula.
* Zina
menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di
samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya
malah kepada seluruh keluarganya.
* Aib yang
dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada
asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam
selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam
jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan
membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak
pernah melakukannya.
* Jika wanita yang
berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu
maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa .
Jika dia ialah
seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga
hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang
asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat
hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat
mengerikan, naudzubillah min dzalik.
* Perzinaan akan
melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan
(nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang
jelas.
* Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
* Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.
* Perzinaan sangat
mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh
martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka
tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.
* Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.
* Perzinaan
menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan
dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan
secara terang-terangan.....
HUKUMAN ZINA ...
Demikianlah
besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas
tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd
(hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:
* Pertama, hukuman
mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang
belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan
seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.
* Kedua, Allah
secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina.
Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha
Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari
menjalankan syariat Allah.
Hal ini ditekankan
kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri,
perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh
dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai
kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa
enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.
* Ketiga, Allah
memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang
mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif
bagi kebaikan umat.
BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU DIPERHATIKAN ....
Orang yang berzina
dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya
dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali
dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.
* Penzina yang
berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada
mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.
* Berzina dengan
wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang
tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami
wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah
tangganya.
* Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.
* Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.
* Berzina dengan
wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina
daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.
* Ditinjau dari
segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun
malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.
* Kemudian dari
segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia
lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.
* Pezina muhson
(yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau
jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk
daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi
ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.
BERTAUBAT ...
Bertaubat ini bukan
khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang
menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang
kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya.
Hendaknya mereka
semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa
yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali
melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan
siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji
tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan
mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada
istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.
Allah berfirman, mafhumnya:
“Dan orang-orang
yang tidak menyembah ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh
jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang
benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu,
niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat
gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab
itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman
dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti
Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. ” (QS. 25:68-70)
(Disaring dari risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd ...)
Wallahu’alam bishshawab, ..
Subhanallah ......
Pribadi yang BERDZIKIR ITU INDAH : ..
Setiap KALAMNYA adalah DAKWAH ...
Setiap DIAMNYA adalah DZIKIR ...
Setiap NAPASNYA adalah TASBIH ...
Setiap PANDANGAN MATANYA adalah RAHMAT ...
Setiap SUARA TELINGANYA selalu TERJAGA ...
Setiap PIKIRANNYA adalah BAIK SANGKA ...
Setiap GERAK HATINYA adalah DOA ...
Setiap SENTUHAN TANGANNYA adalah SEDEKAH ...
Setiap LANGKAH KAKINYA adalah JIHAD ...
Kekuatannya adalah SILATURAHMI ...
Kesibukannya adalah ASYIK MEMPERBAIKI DIRI ...
Kerinduannya adalah TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT ...
Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah. .. AAMIIN ..
Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ...
Salam Terkasih ..
Dari Sahabat Untuk Sahabat ...
... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...
Tidak ada komentar:
Write komentar